Pendinding Sihir & Gangguan Jin

Pendinding Sihir & Gangguan Jin

Mesti kita banyak dengar cerita-cerita berkaitan dengan Jin dan sihir . Dalam masyarakat melayu , jin ni lebih dikenali sebagai makhluk halus yaitu makhluk yang tidak dapat dilihat . Perkataan Jin berasal daripada perkataan arab yaitu Jiniy dan Genie dlm bahasa inggeris yang membawa maksud yang tersembunyi / yang tertutup , dlm islam memaksudkan jin ini makhluk yang berakal , berkehendak , sedar, mempunyai kewajipan , berjasad halus dan hidup dibumi .
.
Dalam sebuah hadis dari Abu Tha’labah yang bermaksud : “Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah.” Sihir pula tergolong dalam kejahatan yang tercatat di dalam Al Quran, wujudnya sihir di dunia ini adalah sebagai ujian dan cubaan walaupun sihir ini tidak diredhai oleh Allah SWT dan dilarang untuk melakukannya.
.
Maksud ringkasnya ialah, “Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri. “
.

“Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat (bahaya) dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.”

(QS. Al-Baqarah : 102)

Close Menu
Translate »
×
×

Cart

WhatsApp us
Visit Us On FacebookVisit Us On Instagram